Terbaru, Mydrivers mendedahkan Harmony OS menggunakan teknologi asas yang sama seperti EMUI 11. Bagi anda yang belum tahu, Harmony OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan Huawei dan telah diperkenalkan pada Ogos lalu.
Dengan adanya Harmony OS, spekulasi menyatakan tiada keperluan untuk mengekalkan EMUI dan menjadikan EMUI 11 sebagai versi terakhir yang berasaskan Android.
Mengikut jadual, Harmony OS 2.0 versi beta akan dilancarkan pada TV, jam dan kereta. Sementara itu, ia akan ditawarkan untuk telefon pintar pada Disember nanti. Huawei merancang untuk melancarkan telefon yang sepenuhnya dikuasakan Harmony OS dalam separuh kedua tahun hadapan.
Huawei turut menyatakan peranti yang menjalankan EMUI 11 akan menjadi yang pertama akan dinaiktaraf kepada Harmony OS.
Sumber: MyDrivers via GSMArena
Berkaitan
- Aplikasi Antivirus Microsoft Defender Dipertonton Untuk Pengguna Android
- Xiaomi Sahkan Masalah Pengecasan 65W GaN Pada Mi 11
- Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1
- Pengeluaran iPhone 11 Pro, Pro Max Dan XR Dijangka Akan Dihentikan Selepas Pelancaran iPhone 12
- iOS 14.4 Akan Hadir Dengan Ciri Amaran Kamera Tidak Asli Pada iPhone
- Tablet Dengan Sokongan 5G, realme Pad X Akan Dilancar Di Malaysia Pada 23 Ogos Nanti
- Pelancaran Global Makin Hampir, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk Mi 11
- Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi 11 Untuk Pasaran Malaysia Diumumkan
- Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula
- Mod PiP Melalui Pelayar Pada iOS 14 Kini Kembali Tanpa Langganan YouTube Premium