Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 11 dihentikan

Pengeluaran iPhone 11 Pro, Pro Max Dan XR Dijangka Akan Dihentikan Selepas Pelancaran iPhone 12

Posted on Ogos 24, 2020Ogos 24, 2020

Apple telahpun mengesahkan pelancaran iPhone 12 pada tahun ini akan mengalami sedikit kelewatan dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini. Terbaru, laporan menyatakan kemungkinan pengeluaran beberapa model iPhone terdahulu akan dihentikan.

https://twitter.com/iAppleTimes/status/1296321262201929728

Berdasarkan sumber @iAppleTimes di Twitter, Apple dijangka akan menghentikan pengeluaran iPhone XR selepas pelancaran iPhone 12. Selain itu, pengeluaran iPhone 11 Pro dan Pro Max juga tidak akan diteruskan. Sementara, iPhone 11 mungkin akan mengalami penurunan harga.

Jika benar, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pada tahun lalu Apple turut mengambil keputusan yang sama dengan menghentikan pengeluaran iPhone XS dan iPhone XS Max setelah iPhone 11 dilancarkan.

Terdahulu, Apple dilaporkan akan menggunakan rekaan bateri dan juga litar baharu yang lebih kecil, ringkas serta kurang berlapis bagi mengurangkan harga siri iPhone 12.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress