Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5G iPhone

Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1

Diterbitkan Oktober 27, 2023 · Dikemas kini Oktober 27, 2023 oleh Amalina Athman

Yes 5G kini mengumumkan secara rasmi menyokong semua model iPhone XS dan terbaharu, melalui kemas kini iOS 17.1.

Berkaitan

  • Miliki iPhone 15 Serendah RM21/bulan Dengan Yes 5G

Sebelum ini, Yes 5G sudah sedia boleh digunakan untuk iPhone. Namun, mempunyai penggunaan yang agak terhad untuk beberapa model iPhone, seperti masalah panggilan dan SMS.

Dengan sokongan secara rasmi, ia memberikan pengalaman penggunaan Yes 5G yang lebih baik. Sebagai contoh, signal LTE kini digantikan dengan 4G.

Bagi tujuan itu, pengguna Yes 5G boleh melakukan kemas kini iOS 17.1 melalui Settings > General > Software Update > Update Now. Setelah selesai kemas kini, pergi semula ke Settings > General > About dan ikut langkah seterusnya untuk kemas kini kepada tetapan baharu Yes 5G.

iPhone Yes 5G
Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1

Untuk iPhone terdahulu boleh mengaktifkan VoLTE melalui Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Voice & Data.

Sumber: Yes 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY