Aplikasi Antivirus Microsoft Defender Dipertonton Untuk Pengguna Android

Microsoft pada Februari lalu telah menyatakan mereka dalam usaha untuk membawa ciri keselamatan terbina yang ada pada sistem Windows kepada pengguna iOS dan Android. Terbaru, syarikat gergasi itu telah mengumumkan pratonton umum bagi aplikasi antivirus Microsoft Defender ATP untuk pengguna Android.

Microsoft Defender Android

Pratonton tersebut menawarkan sistem keselamatan yang dapat melindungi pengguna dari sebarang penipuan atau sambungan rangkaian yang tidak selamat dari aplikasi, laman web, dan sebagainya akan disekat secara automatik.



Selain itu, terdapat imbasan perisian hasad yang boleh dilakukan dengan serta-merta untuk mengesan perisian hasad dan aplikasi berpotensi tidak diingini (PUA). Sekiranya aplikasi tersebut selamat dimuat turun, pengguna akan menerima pemberitahuan mengenainya.

Buat masa ini, Microsoft Defender ATP hanya boleh digunakan oleh pelanggan  Microsoft Defender Security Center bagi pengguna Android sahaja. Bagi pengguna iOS, aplikasi keselamatan ini dijangka hadir hujung tahun ini.

Sumber: Microsoft