Walaubagaimanapun, kebanyakkan peminat tegar produk dari China ini beranggapan Mi A1 tidak ubah seperti model Mi 5X yang dilancarkan pada bulan Julai lalu.
Sekilas pandang, hanya sistem operasi yang membezakan antara kedua-dua model berkenaan. Tetapi sebenarnya terdapat perbezaan antara kedua-dua telefon pintar tersebut, seperti:
1. Pelindung skrin
- Mi A1 dilengkapi dengan 2.5D Curved Gorilla Glass 3
- Mi 5x tidak didatangkan dengan pelindung skrin Gorilla Glass.
2. Antaramuka
- "Dikeluarkan oleh Xiaomi, Direka oleh Google" ungkapan ini mungkin sesuai diberi pada Mi A1. Model ini hadir dengan Android asli beserta dua aplikasi pra-pasang Xiaomi. Syarikat itu juga berjanji akan mengemaskini Mi A1 kepada Android Oreo 8.0 pada penghujung tahun ini (serta Android "P" apabila ia dilancarkan nanti).
- Mi 5X mempunyai antaramuka MIUI 8 dengan sistem operasi Android Nougat.
3. Penawaran
- Mi A1 ditawarkan pada pasaran global dan sudah pasti, Malaysia antara negara yang tersenarai dan dijangka ia akan mulal berada dipasaran tempatan penghujung September ini.
-Mi 5X yang dilancarkan 26 Julai lalu hanya diumumkan penawarannya di China sahaja dan pembeli Malaysia mungkin boleh membeli peranti ini di kedai-kedai yang menjualnya sebagai set import.
4. Variasi
- Mi A1 hanya ditawarkan pada satu versi sahaja iaitu RAM 4GB dengan storan dalaman sebesar 64GB.
- Mi 5x pula tampil dengan dua variasi; RAM 4GB dan ROM 32GB serta RAM 4GB ROM 64GB.
Mungkin ada yang sudah bosan dengan MIUI mungkin boleh berubah arah kepada Androd asli yang lebih ringkas dan mungkin juga ada yang masih setia dengan antaramuka Xiaomi itu. Anda yang mana? MIUI 8 atau Android asli?
Sumber: Techdroider
Berkaitan
- Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Diperkenalkan, Kamera 108MP Dan Bateri 5260mAh
- Digi Perkenal Pelan Pasca Bayar Untuk Petugas Barisan Hadapan
- Google Chrome Akan Sekat Iklan Yang Menyusahkan Pengguna Bermula Februari 2018
- Nokia 3310 Dengan Sokongan Rangkaian 3G Diperkenalkan
- Nokia 3310 Versi Baru Mungkin Tidak Akan Dipasarkan Di Singapura
- Fortsense Patenkan Ciri Imbasan Cap Jari Terbina Pada Paparan LCD
- Bosan Dengan Warna Fail Yang Sama? Cuba Guna Folder Marker, Perisian Yang Membolehkan Anda Mengubah Warna Fail
- Kemaskini Microsoft Office Untuk Android Tampil Dengan Beberapa Ciri Baru
- 10 Permainan Berbayar Kini Ditawarkan Percuma Di Google PlayStore
- U Mobile Sumbang Telefon Dan Kad SIM GX68 Kepada Petugas Perubatan