Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta facebook

MCMC Respon Terhadap Permohonan Turunkan Kandungan Di Meta Dan TikTok

Diterbitkan Disember 17, 2023 ยท Dikemas kini Disember 17, 2023 oleh ariff bukhari

Sebagai maklum balas kepada satu tajuk utama laporan berita mengenai platform Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan oleh Kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan, tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peningkatan kandungan memudaratkan dalam talian, dan bukannya untuk membataskan kepelbagaian pandangan.

Statistik MCMC menunjukkan, peningkatan sebanyak 24 kali ganda dalam kandungan memudaratkan di platform media sosial dan OTT, daripada 1,019 pada tahun 2022 kepada 25,642 pada tahun 2023, termasuk scam, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.

MCMC menegaskan, icapan berbaur kebencian terutamanya, mempunyai potensi untuk mencetuskan keganasan, diskriminasi, dan gangguan, sekali gus mencerminkan kepentingan untuk menguatkuasakan undang-undang dan kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.

Statistik Kandungan Memudaratkan MCMC

“Justeru, adalah penting untuk Kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT bekerjasama bagi menangani isu ini dan pada masa yang sama menegakkan kepelbagaian pandangan. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna di alam maya” MCMC.

Berkaitan

  • Meta Dan TikTok Laporkan Malaysia Minta Buang Lebih Banyak Kandungan Pada Tahun 2023
  • Ini Spesifikasi Penuh ROG Phone 8 Yang Didakwa Tertiris
  • Touch 'n Go Perkenal LUXE Card - Titan Edition

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY