Perkara ini telah dilaporkan menerusi akhbar Britain, Daily Star. Dalam laporan tersebut ada dimaklumkan bahawa semua pasukan yang layak ke Piala Dunia FIFA 2018 akan tersedia dengan jersi rasmi masing-masing selain tambahan sebanyak 12 stadium baru yang menjadi venue untuk kejohanan itu nanti. Selain itu, bola rasmi dan trofi kejohanan juga akan disediakan untuk pengalaman Piala Dunia yang sebenar bagi pemain.
Dalam pada itu, satu video trailerĀ telah dikeluarkan oleh EA Sports berkenaan dengan pengumuman terbaru mereka ini. Sekali lagi mereka memilih untuk menggunakan pemain bintang Real Madrid dari Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai duta mereka untuk kemaskini mod terbaru ini.
https://youtu.be/GhZgn4SDb4Y
Walaubagaimanapun, pihak EA Sports telah mengumumkan bahawa pasukan yang tidak layak ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 kali ini tidak akan dapat dimainkan dalam mod ini kecuali pasukan-pasukan kebangsaan yang telah sedia ada pada permainan FIFA 18.
Ini membawa sedikit kegembiraan kepada penyokong pasukan yang tidak layak seperti Itali dan India manakala agak mengecewakan untuk peminat bola sepak negara kita kerana tidak akan dapat membawa Malaysia untuk menyertai atau menjuarai Piala Dunia FIFA kali ini.
Menurut laporan, EA Sports telah mengumumkan bahawa kandungan DLC ini akan tersedia untuk dimuat turun oleh pemain FIFA 18 bermula pada 29 Mei ini, iaitu kira-kira dua minggu sebelum kejohanan sebenar bermula. Sama-sama kita nantikan kemuculannya.
Sumber
Berkaitan
- Huawei Mate 20 Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar "Flagship" Dengan Bateri Terbaik 2018
- HONOR 10i Tersenarai Di Huawei Store Rusia, Tampil Dengan Tetapan Tri-Kamera Utama
- Fortnite Catat 78.3 Juta Pemain Pada Sepanjang Ogos 2018
- Facebook Padam 583 Juta Akaun Palsu Pada Suku Pertama 2018
- Video Berkaitan Permainan Video Ditonton Selama Lebih 500 Bilion Jam Sepanjang 2018
- Digi Store Mula Buka Pra-Tempahan iPhone 2018 Mereka Hari Ini
- Samsung Dijadual Akan Melancarkan TV 8K QLED Pertamanya di IFA 2018
- iPhone 2018 Mula Dijual, Sambutan Tidak Sehebat iPhone X
- Pertandingan FIFA 18- Peluang Untuk Menonton Piala Dunia 2018 Di Russia
- E3 2018 - Apa Yang Kita Boleh Harapkan Daripada Sony, Microsoft Dan Nintendo