EA Umum Bakal Lancarkan Permainan Command & Conquer Untuk Peranti Mudah Alih

Pada bulan April lepas, syarikat Tencent Games telah mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perancangan untuk membangunkan permainan Red Alert bagi peranti mudah alih. Manakala pada 10 Jun yang lalu, syarikat pembangun permainan video terkemuka, Electronic Arts(EA) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melancarkan permainan Command & Conquer bagi peranti Android dan iOS.

Pengumuman itu telah dibuat semasa sesi persidangan tahunan pembangun permainan video, E3 2018 di California, Amerika Syarikat. Mereka juga telah mengeluarkan satu video trailerĀ bagi permainan yang diberi nama Command & Conquer : Rivals berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=66&v=fyNXQpAFQJc

Walaubagaimanapun, pihak EA tidak menyatakan sebarang tarikh rasmi berkenaan pelancaran permainan video ini semasa pengumuman tersebut. Pengguna Android sudah boleh membuat pra-daftar melalui Google Playstore bermula semalam dan ia juga akan dapat dilakukan pada peranti iOS dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, EA turut mengumumkan beberapa permainan terbaru mereka seperti Anthem dan Star Wars Jedi : Fallen Order di mana keduanya akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Selain itu, mereka turut mengesahkan bahawa permainan Battlefield V (BF5) akan mempunyai mod battle royale yang menjadi kegemaran ramai ketika ini.

Sumber