Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DxOMark: OPPO Find X2 Pro Kongsi Kedudukan Sama Dengan Xiaomi Mi 10 Pro Sebagai ‘Raja’ Kamera

DxOMark: OPPO Find X2 Pro Kongsi Kedudukan Sama Dengan Xiaomi Mi 10 Pro Sebagai ‘Raja’ Kamera

Diterbitkan Mac 6, 2020 · Dikemas kini Mac 6, 2020 oleh Meor Hasyim

OPPO Find X2 baru sahaja dilancarkan hari ini dan ia didatangkan dengan spesifikasi berkuasa. Pihak DxOMark telah menguji kamera belakang peranti ini dan berjaya memperoleh skor sebanyak 124 iaitu yang tertinggi dalam carta kamera tersebut.

Skor keseluruhan ini adalah sama dengan skor dari Xiaomi Mi 10 Pro menjadikan kedudukan mereka terikat sebagai ‘raja’ kamera.

Untuk pecahan skor, peranti ini mendapat 134 untuk gambar, dan 104 untuk video yang juga sama dengan Xiaomi Mi 10 Pro.

DxOMark: OPPO Find X2 Pro Kongsi Kedudukan Sama Dengan Xiaomi Mi 10 Pro Sebagai ‘Raja’ Kamera

OPPO Find X2 Pro dipuji dari segi kepantasan autofokus, pewarnaan dan julat dinamik yang baik, hingar yang kurang, kualiti zoom dengan butiran yang tinggi, kualiti sudut lebar yang tidak terlampau senget, dan juga bokeh yang realistik.

Namun, terdapat beberapa kelemahan utama seperti HDR yang tidak muncul ketika mod potret dan juga butiran gambar sudut lebar yang rendah.

Keseluruhan kualiti video juga adalah sangat baik dengan pencahayaan yang bagus, warna dan julat dinamik baik, autofokus pantas dan juga penstabilan imej yang cemerlang.

Untuk kamera OPPO Find X2 Pro, ia dilengkapi 3 lensa iaitu 48MP (f/1.7) utama OIS + 48MP (f/2.2) sudut lebar + 13MP (f/3.0) telefoto OIS.

Sumber: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY