Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Banyak Kejadian Gempa Bumi Dikesan Berlaku Pada Tahun Ini Berbanding Tahun 2021

Lebih Banyak Kejadian Gempa Bumi Dikesan Berlaku Pada Tahun Ini Berbanding Tahun 2021

Diterbitkan Mac 17, 2022 · Dikemas kini Mac 17, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan data ke atas rekod gempa bumi yang berlaku dari 1 Januari 2022 sehingga 17 Mac 2022 didapati, sebanyak 56 kejadian gempa bumi telah direkodkan.

Jumlah itu sekaligus menunjukkan peningkatan kejadian gempa bumi berlaku pada tahun ini berbanding tahun lalu di mana hanya sebanyak 53 kejadian gempa bumi sahaja direkodkan bagi tempoh yang sama.

Insiden gempa bumi terbaru yang direkodkan telah pun berlaku hanya sebentar tadi yang berkekuatan 5.3 magnitud iaitu semasa artikel ini sedang ditulis penulis.

Gempa bumi yang berlaku di Jepun itu kurang 24 jam selepas insiden gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud melanda negara tersebut.

Screenshot 2022-03-17 at 8.52.56 PM

Untuk setakat ini, gempa bumi yang berlaku pada 16 Mac 2022 adalah yang terkuat setakat ini dan ia dikategorikan sebagai gempa bumi besar kerana melebihi kekuatan 7 magnitud.

Manakala pada tahun 2021 lalu, gempa bumi terkuat yang direkodkan bagi tempoh yang sama adalah sekuat 7.5 magnitud yang melanda New Zealand selama 2 hari berturut-turut.

Screenshot 2022-03-17 at 9.04.19 PM

Berkaitan dengan perkembangan semasa kekerapan gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia serta yang terbaru di Jepun, Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) setakat ini memaklumkan, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Walaubagaimanapun, semalam telah dilaporkan tentang ujian Siren Amaran Awal Tsunami Malaysia yang telah dijalankan oleh MET Malaysia di kawasan Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu.

Ujian awal itu dibuat mungkin sebagai persediaan negara menghadapi sebarang malapetaka serta menguji keberkesanan sistem tersebut dalam usaha menyelamatkan nyawa penduduk yang tinggal di pesisir pantai khususnya.

Sumber: MET Malaysia

Baca juga:

  • Ujian Siren Amaran Awal Tsunami Sedang Dijalankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY