Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia SEGA

Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5

Diterbitkan Oktober 9, 2024 oleh Amalina Athman

AirAsia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat permainan video SEGA dan subsidiari ATLUS, sebagai sebahagian daripada kempen ‘The Colour Of Connection’.

Melalui kerjasama itu, ia menampilkan dua pesawat AirAsia yang dihiasi dengan rekaan grafik permainan video ikonik Sonic The Hedgehog dan rakan-rakannya seperti Tails, Knuckles, Shadow dan Amy Rose, serta watak menarik dari Persona 5 seperti Joker dan Morgana.

Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
AirAsia SEGA
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5

Menurut AirAsia, rekaan grafik Sonic The Hedgehog akan menghiasi Airbus A330 AirAsia X (kod penerbangan: D7) dengan nombor ekor pesawat 9M-XXU. Sementara pesawat dengan rekaan grafik Persona 5 akan menghiasi Airbus A320 AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK) dengan nombor ekor pesawat 9M-AFF.

Kedua-dua pesawat ini akan melakukan penerbangan ke lebih 100 destinasi dalam rangkaian penerbangan AirAsia, termasuk bandar-bandar utama di Asia Tenggara dan Asia Pasifik seperti Bangkok, Tokyo, Seoul, Taipei, Shanghai, dan Sydney.

Santan juga akan menawarkan menu istimewa yang menampilkan Sonic the Hedgehog – iaitu Sonic’s Golden Ring Cakes (donat).

Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5
Dua Pesawat AirAsia Tampil Dengan Rekaan Grafik Sonic The Hedgehog, Persona 5

Selain itu, AirAsia akan memperkenalkan barangan eksklusif yang menampilkan reka bentuk Sonic the Hedgehog dan Persona 5. Barangan ini boleh dibeli bermula suku pertama tahun 2025 dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia dan AirAsia X, serta di AirAsia MOVE Duty Free.

Berkaitan

  • AirAsia Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Di Dunia
  • AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 - AirlineRatings.com
  • Malaysia Airlines Dedah Rekaan Grafik Baharu Pada Pesawat Airbus A330Neo
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Siaran Media AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY