Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surface Go 3

Surface Go 3 Dah Mula Dijual, Harga Bermula RM1888

Diterbitkan Oktober 5, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2021 oleh Helmi Samsuri

MIcrosoft telah mengumumkan ketibaan Surface Go 3 untuk pasran tempatan Malaysia bermula hari ini.

Diperkenalkan kali pertama pada bulan lepas, pengganti kepada Surface Go 2 ini tampil dengan spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu itu.

Surface Go 3 – Creating

Imbas kembali kepada tawaran, Surface Go 3 dilengkapi dengan paparan sentuh 10.5 inci, Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3 10100Y, RAM 4GB dan 8GB, storan eMMC 64GB atau SSD 128GB dan grafik UHD Graphics 615.

Surface Go 3 – Detach

Bahagian sambungan menyediakan 1x USB-C, bicu audio 3.5mm, 1x Surface Connect port, dan slot MicroSDXC. Kamera hadapan menawarkan 5MP manakala rakaman belakang digalas oleh kamera 8MP.

Surface Go 3 – Hero

Harga jualan adalah seperti dibawah:

  • Intel Gold/RAM 4GB/64GB WiFi – RM1888
  • Intel Gold/RAM 8GB/128GB WiFi – RM2588
  • Intel i3 Gen-10/RAM 8GB/128GB WiFi – RM2988

Surface Go 3 Dah Mula Dijual, Harga Bermula RM1888

Sementara itu, Microsoft Ocean Plastic Mouse pula boleh dimiliki pada harga RM119. Tetikus ini dihasilkan dari resin yang mana 20% daripadanya dikitar semula dari bahan buangan plastik yang dibuang dilautan.

Ocean Plastic Mouse – Top

Surface Go 3 boleh didapati dari pengedar sah Microsoft, Lazada dan Shopee.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY