Semalam, Microsoft telah pun menawarkan kemas kini Windows 11 kepada pengguna. Akan tetapi ia diberikan secara berperingkat kepada pengguna Windows 10 dan telah mencapai keperluan minimum.
Microsoft turut mengatakan naik taraf Windows 11 akan selesai sehingga pertengahan tahun 2022.
Oleh itu, sekiranya anda sudah tidak sabar dan mahu juga memasang (install) Windows 11 pada komputer, anda boleh lakukan secara manual.
Terdapat tiga cara yang boleh dibuat. Pertama sekali adalah melalui Windows 11 Installation Assistant. Dengan ini, Microsoft mengatakan ia merupakan pilihan terbaik dan pengguna juga boleh mengekalkan fail lama yang ada dalam Windows 10.
Kedua, anda boleh menggunakan media creation tool yang mana memerlukan USB berstoran 8GB dan ke atas. Proses memasangnya dilakukan semasa komputer anda sedang boot up. Setelah selesai, anda boleh aktifkan Windows 11 dengan memasukkan license key.
Cara yang terakhir adalah dengan memuat turun fail ISO. Ini sesuai sekiranya anda mahu mencubanya dengan menggunakan virtual machine.
Bagaimanapun, Microsoft ada memberikan sedikit peringatan, iaitu sekiranya PC anda tidak memenuhi keperluan minimum, komputer tersebut tidak akan menerima kemas kini baharu pada masa hadapan.
Tambahan lagi, mereka juga sebenarnya tidak menggalakkan membuat naik taraf secara manual kerana khuatir akan hadir pepijat semasa proses pemasangan.
Namun, jika anda seorang berani dan memang arif selok belok komputer, tiada masalah untuk mencubanya.
Sumber: microsoft
Baca juga:
-
Ini Cara Semak Dan Panduan Mengaktifkan TPM 2.0 Pada Komputer Anda
-
Microsoft Surface Duo 2 Dilancarkan – Skrin Lebih Besar, 90Hz Dan Snapdragon 888