Bagi yang terlupa, Microsoft ada mengeluarkan sebuah peranti yang mengkhususkan produktiviti menerusi Surface Duo. Kini, ia menerima penggantinya, iaitu Surface Duo 2.
Microsoft nampaknya tidak mahu mengalah lagi dalam penawaran Surface Duo di mana kali ini peranti terbaru itu tampil dengan spesifikasi yang menjanjikan.
Surface Duo 2 hadir dengan cip Snapdragon 888, konfigurasi memori 8GB RAM dengan storan sehingga 512GB, Android 11, NFC serta sokongan rangkaian 5G.
Pada generasi kedua ini juga, ia dilengkapi paparan lebih besar, iaitu dwi-skrin 5.8 inci AMOLED beresolusi 2688×1892 (apabila dibuka kedua-duanya), kadar segar semula 90Hz, kecerahan 800 nits, 100% sRGB dan HDR.
Selain itu, kamera hadapannya adalah 12MP. Sementara kamera belakang pula menempatkan 12MP utama, 12MP telefoto dan 16MP ultra lebar.
Antara lainnya seperti pengimbas cap jari, sokongan Surface Pen, Surface Slim Pen, Surface Hub 2 Pen, USB C serta pembesar suara stereo dengan aptx dan aptx HD.
Harga jualannya adalah bermula pada USD1499 (~RM6287) dan tersedia buat pasaran Amerika Syarikat, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Kanada.
Sumber: Microsoft
Baca juga: