[Dota 2] Bekas Pemain MVP Phoenix Kini Di Bawah Pengurusan Pasukan Immortals

Immortals merupakan sebuah organisasi e-sukan di Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai pasukan di dalam pelbagai permainan termasuk LOL, CS:GO, dan Overwatch telah bersetuju untuk melabur dalam satu lagi permainan iaitu Dota 2.

Mereka telah mengumumkan akan menaja 5 pemain Korea Selatan yang sebelum ini beraksi dengan pasukan MVP Phoenix. 5 pemain tersebut adalah:

  •  Kim 'QO' Seon-Yeob

  • Pyo 'MP' Noa

  • Sang-Don 'FoREv' Lee

  • Kim 'Febby' Yong-min

  •  Kim 'DuBu' Duyoung


5 pemain yang pernah meraih tempat 6 teratas di TI 6 telah berpecah selepas TI tersebut dan bermain untuk pasukan berbeza selama satu tahun. Setahun kemudian, mereka membuat keputusan untuk kembali bermain bersama dan akan berada di bawah pengurusan Team Immortals.

Pasukan baru Dota 2 itu akan bersaing di dalam rantau Amerika Utara selepas ini.

Sumber