DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan

Jika sebut DJI, apa yang terlintas dikepala anda?

Ya, dron. Mereka merupakan salah satu pengeluar dron yang terbaik dipasaran.

Dari siri Phantom hinggalah kepada Mavic Pro yang mendapat sambutan ramai, syarikat itu kini muncul lagi dengan sebuah dron bersaiz kecil dikenali sebagai DJI Spark.



Spark dilancar secara rasmi beberapa hari yang lalu, dan menurut laman Lowyat.net, ia mungkin hadir lebih awal ke pasaran tempatan.

Memetik laporan dari Lowyat.net, berdasarkan sumber Shashinki, Sparka dijangka dipasarkan di Malaysia seawal bulan Jun ini.

Dalam laporan yang, rakan DJI Malaysia, March turut mengeluarkan beberapa maklumat berkaitan dron terbabit dan ia dilihat sedikit bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Shashinki.



Mereka menyatakan bahawa dron itu akan mula ditawarkan pada pertengahan Julai pada harga RM 2380.

Apa yang menarik dengan DJI Spark?


  • Ia sebesar dan seberat tin minuman




  • Sangat mudah dibawa kemana-mana kerana bersaiz kecil dan kompak




  • Boleh dikawal dengan menggunakan gerakan tangan.






Oleh kerana saiznya yang kecil pasti ia dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti rendah.

Berdasarkan ulasan dari laman Tech Radar, DJI Spark hanya mampu terbang dalam tempoh 16 minit sahaja.

Selain itu, bilah dan kerangka dron ini tidak boleh dilipat seperti model terdahulu, Mavic Pro.



Spesifikasi DJI Spark

  • 143×143×55 mm

  • Kelajuan maksimum 50KM/h

  • Tempoh penerbangan 16 minit

  • Mempunyai sistem pengesan 3D

  • Bateri 2970 mAh

  • WiFi

  • Klik untuk spefikasi lengkap