Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Perkenal Dron FPV Terbaharu, DJI Avata

DJI Perkenal Dron FPV Terbaharu, DJI Avata

Diterbitkan Ogos 25, 2022 · Dikemas kini Ogos 25, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui acara pelancaran yang berlangsung hari ini, DJI kini memperkenalkan dron FPV (first-person-view) terbaharu iaitu DJI Avata. Bagi memberikan kelancaran penerbangan dron, DJI Avata turut diperkenalkan bersama DJI Goggles 2 dan DJI Motion Controller.

DJI Perkenal Dron FPV Terbaharu, DJI Avata

 

Hadir dengan rekaan kompak, DJI Avata mempunyai berat 410gram. Dengan penstabil kamera, ia dikuasakan sensor 48MP CMOS 1/1.7″ f/2.8, rakaman video 4K/60fps dan 2.7K/50/60/100/120fps. Bagi penerbangan pula, DJI Avata boleh diterbangkan dalam tempoh sehingga 18 minit.

Berkaitan

  • Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit
  • Ulasan - DJI Mini 3 Pro, Terbaik Untuk 'Content Creator'
  • DJI Perkenal DJI RS 3, DJI RS 3 Pro Dan DJI Transmission Untuk Pembikin Filem Dan Pembangun Kandungan

Antara lainnya adalah sokongan Emergency Brake, Hover, GEO 2.0, AirSense ADS-B, signal AeroScope dan sebagainya. Ia turut dimuatkan dengan ciri seperti Infrared Sensing System dan sistem dua-kamera Downward Vision bagi mengekalkan kedudukan dron.

Bagi storan dalaman pula, ia didatangkan dengan kapasiti 20 GB. Selain itu, DJI Avata juga hadir dengan sokongan tiga mod, iaitu:

  • Normal – DJI Avata beroperasi sama seperti dron DJI yang lain, dengan menggunakan navigasi satelit dan/atau sistem kedudukan visual (VPS) di bahagian bawah dron.
  • Manual (hanya boleh digunakan dengan DJI FPV Remote Controller 2) – Untuk kawalan penuh tanpa had dan pengalaman penerbangan FPV yang imersif.
  • Sports – Gabungan mod normal dan manual, kawalan sepenuhnya bersama ciri keselamatan utama. Beri lebih banyak ruang kepada pengguna untuk meneroka kemahiran mereka.

DJI Goggles 2

Merupakan video fon kepala yang menawarkan gandingan lebih kecil, ringan dan lebih selesa, dengan imej FPV setanding dron lain. DJI Goggles 2 menampilkan skrin Micro-OLED yang lebih jelas dengan diopter boleh laras, bermakna pengguna yang memakai cermin mata tidak perlu menggunakannya dengan Goggles 2. Apabila digunakan dengan DJI Motion Controller, pengguna boleh mengawal dron dan gimbal kamera secara bebas.

DJI FPV Goggles V2

 

DJI Avata dan DJI Goggles 2 disambung dengan menggunakan transmisi DJI O3+ iaitu teknologi dengan kawalan yang tepat, latensi 30ms, jarak penghantaran maksimum 10km serta sokongan video 1080p/100fps dengan kod H.265. Antara lainnya, DJI Goggles 2 turut menawarkan sokongan penstriman tanpa wayar.

DJI Motion Controller

DJI Motion Controller

Merupakan peranti kawalan penerbangan yang membolehkan pengguna menerbangkan dron dalam gerakan kompleks dengan tepat berdasarkan gerak-geri semula jadi sebelah tangan.

Harga

DJI Avata dijual pada harga RM2,499 tanpa alat kawalan jauh, pengawal gerakan atau gogal. Bagi kombo DJI Avata Fly Smart dijual pada harga RM4,899 dan termasuk DJI Avata, DJI FPV Goggles V2 dan DJI Motion Controller.

DJI Avata Fly Smart Combo (DJI FPV Goggles V2) In the Box – 1 of 2
Kombo DJI Avata Fly Smart
DJI Avata Pro-View Combo (DJI Goggles 2) In the Box – 1 of 2
Kombo DJI Avata Pro View

Sementara itu, DJI Avata Pro-View dijual pada harga RM5,899 di mana ia termasuk DJI Avata, DJI Goggles V2 dan DJI Motion Controller. Untuk kombo Kit DJI Avata Fly More (dua bateri DJI Avata Intelligent Flight dan satu DJI Avata Battery Charging Hub) dijual pada harga RM999.

DJI Avata tersedia untuk pra tempah bermula hari ini di Shopee & Lazada atau kedai fizikal DJI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY