Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI RS 3 Pro – With DJI Video Transmitter (2 of 2)

DJI Perkenal DJI RS 3, DJI RS 3 Pro Dan DJI Transmission Untuk Pembikin Filem Dan Pembangun Kandungan

Diterbitkan Jun 16, 2022 oleh ariff bukhari

DJI telah perkenalkan barisan produk terbaru mereka khusus untuk pembikin filem dan pencipta kandungan dengan melancarkan penstabil DJI RS 3 dan DJI RS 3 Pro.

2 produk terbaru ini merupakan penstabil kamera generasi ke-3 dalam siri Ronin  yang ditambah baik. DJI menyatakan, RS 3 dan RS 3 Pro telah dioptimumkan untuk kecekapan dan kebolehpercayaan pengguna dengan peningkatan prestasi sebanyak 20%.

DJI RS 3 – Flashlight mode
DJI RS 3 hanya seberat kurang dari 1.3kg membolehkannya mudah dipegang dengan satu tangan dan mudah dikonfigurasi dengan skrin sentuh penuh warna OLED 1.8 inci yang serba baharu.
DJI RS 3 Pro – Key Visual (5 of 8)
RS 3 Pro pula adalah versi lebih profesional yang dilengkapi dengan teknologi pemfokusan LiDAR termaju Ronin 4D.

Satu lagi produk terbaru yang diperkenalkan DJI adalah DJI Transmission iaitu penyelesaian video wayarles bebas pertama DJI – menggabungkan penerimaan, pemantauan, kawalan dan rakaman dalam satu.

Dibangunkan berdasarkan teknologi transmisi video termaju Ronin 4D, sistem ini bakal membawa pengalaman kepada pembikin filem ke tahap yang baharu.

DJI Transmission

Teknologi transmisi O3 Pro membolehkan sistem transmisi menawarkan jarak transmisi sehingga 20,000 kaki. Video yang dihantar adalah 1080p/60fps dan menyediakan pemantauan audio secara langsung pada 16-bit 48 kHz, sekaligus memberikan kru pengalaman pemantauan visual dan audio jauh yang sangat baik.

DJI RS 3 dan DJI RS 3 Pro akan berada di pasaran pada Julai 2022 nanti yang boleh didapati dari peruncit sah dan menerusi Shopee dan Lazada Malaysia.

DJI RS 3 akan dijual pada harga RM2,039.00. Sementara Kombo DJI RS 3 pula akan dijual pada harga RM2,639.00

Manakala DJI RS 3 Pro akan dijual pada harga RM3,729.00 dan versi Kombo DJI RS 3 Pro akan dijual pada harga RM4,739.00.

Untuk pula, pra tempah boleh dibuat pada September 2022 nanti daripada peruncit sah atau menerusi Shopee dan Lazada.

DJI Transmission 2
DJI Transmission.

DJI Transmission dijual pada harga RM9,319 lengkap dengan Pemancar Video DJI, Monitor Jauh Sangat Terang DJI, Hud Monitor Jauh, Kit Alat Pemasangan, Sarung Pelindung, dua Bateri Pintar WB37, satu Hab Pengecasan Bateri WB37 serta pelbagai kabel dan penyesuai bateri.

Pemancar Video bebas juga akan dijual secara berasingan yang dijual pada harga RM4,069.00.

Sumber: Media DJI

Baca juga:

  • Ulasan – DJI Mini 3 Pro, Terbaik Untuk ‘Content Creator’
  • Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY