DJI Osmo Mobile 3 Dan DJI Tello Berharga RM399 Pada 12 Disember Ini

DJI pada tahun lalu telah memperkenalkan Osmo Mobile 3 dengan beberapa ciri menarik yang ditambahbaik dari Osmo Mobile 2. Antara tumpuan utama pada gimbal ini adalah keupayaan reka bentuk yang boleh dilipat untuk memudahkannya dibawa kemana-mana.



Antara ciri-ciri yang ditampilkan pada DJI Osmo Mobile 3 termasuk Active Track 3.0, isyarat gerak tangan, mod sukan, serta story mode.

Sempena promosi 12.12 Shopee yang akan berlangsung tidak lama lagi, anda kini boleh mendapatkan DJI Osmo Mobile 3 pada harga promosi RM399 berbanding harga asal RM429.



Selain Osmo Mobile 3, potongan harga bagi DJI Tello turut tersedia. Jika sebelum ini harga asal yang ditawarkan adalah RM449 hingga RM578, DJI Tello kini boleh dibeli pada harga promosi bermula RM399.

Mengimbas kembali, DJI Tello dilengkapi dengan keupayaan untuk terbang terbalik dan menghasilkan rakaman pada sudut 360 darjah, serta mempunyai sokongan penstriman secara langsung dari peranti mudah alih dan set kepala VR.

Kedua-dua peranti akan ditawarkan pada harga promosi dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 12 Disember nanti.

Untuk tawaran lain dari DJI pada 12.12 nanti, anda boleh semak di kedai rasmi DJI di Shopee.

 

Berkaitan