Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mavic 2 Tertiris Dengan 2 Model Pro & Zoom

DJI Mavic 2 Tertiris Dengan 2 Model Pro & Zoom

Diterbitkan Julai 30, 2018 oleh Wiser MY

DJI, pembuat dron terkenal dari China dikatakan akan mengeluarkan 2 jenis dron baru dari siri Mavic. Pengguna di UK (United Kingdom) mendapati iklan DJI yang diletakkan di dalam katalog tempatan mereka.

@OsitaLV better quality image pic.twitter.com/UWuj6k56WE

— πŸ…ΌπŸ…ΎπŸ…½πŸ†ƒπŸ†ˆ (@monty_f) July 28, 2018

DJI sebelum ini telah menangguhkan tarikh pelancaran dron mereka yang bertarikh 18 Julai. Dengan ketirisan ini, peminat boleh menjangkakan apa yang bakal ditawarkan kepada mereka oleh DJI.

Kemungkinan 2 model: Pro dan Zoom diperkenalkan oleh DJI untuk pasaran dron nanti. Model biasa atau zoom akan dilengkapi lensa 2X zoom untuk pengezooman udara manakala untuk model Pro pula, lensa Hasselblad yang mempunyai sensor CMOS 1-inci.

DJI Mavic 2 Tertiris Dengan 2 Model Pro & Zoom

Dari segi harga pula, tidak dinyatakan di dalam katalog tersebut. Sebagai rujukan, Mavic Pro dijual dengan harga bermula RM 4,000. Dengan Mavic 2 Pro yang dilengkapi dengan lensa Hasselblad, jangkakan tanda harga yang lebih tinggi dari model biasa.

Sumber: Engadget, Drone DJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY