Ia dilihat sama seperti fon kepala VR, memberikan perasaan seolah-olah anda sedang terbang di atas langit. Drone ini dibina dengan skrin paparan di dalam dan pengguna dapat melihat sendiri pandangan bumi dari atas.
Memandu drone dengan bergaya! Lihat video di bawah
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=L0oQnKKt6Po[/embed]
Gogal ini mempunyai dua mod paparan (satu dalam resolusi 720p pada 60fps dan 1080p pada 30fps; kedua-duanya dengan kependaman 110ms), resolusi 1920x1080, kawalan pad sentuh , bicu fon kepala dan jangka hayat bateri selama enam jam.
Anda tidak akan mempunyai kawalan penuh ke atas penerbangan drone dalam mod penerbangan 'head tacking', drone akan bergerak ke hadapan pada kelajuan yang ditetapkan, dan anda boleh mengubahnya haluan kiri atau kanan.
Terdapat juga mode pemanduan yang membenarkan rakan lain mengawal pemanduan drone semasa anda memakai gogal tersebut.
Harga adalah sekitar $449 dan sudah mula menerima tempahan bermula di US dan akan mula mengedarkan unit pada bulan Mei ini.
Sila ke laman web yang dipautkan di bawah jika nak tahu dengan lebih lanjut.
DJI
Berkaitan
- DJI Akan Lancarkan Drone Terbaru Mereka 15 November Ini
- DJI Melancarkan Phantom 4 Drone Bersama kamera Osmo Raw
- Ketahui Ciri Baru Dji Mavic 2 Pro & Mavic 2 Zoom
- DJI Dilaporkan Akan Mengeluarkan Drone Mavic Yang Mampu Dilipat.
- Vivo Beri Peluang Pembeli V15 & V15 Pro Bawa Pulang DJI Tello Drone Secara Percuma
- Vivo Superday Sale - Beli V15 Pro, Anda Berpeluang Bawa Pulang Dron DJI Tello Secara Percuma
- DJI Mavic 2 Hadir Dengan Sensor Yang Lebih Baik, Sokongan Zoom Optikal