Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Sebab Kenapa Saham Netflix Jatuh Menjunam

Netflix Hilang Hampir 1 Juta Pelanggan Tapi Dapat Lebih Ramai Pelanggan Asia

Diterbitkan Julai 20, 2022 · Dikemas kini Julai 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam laporan suku kedua 2022 syarikat, Netflix telah kehilangan 970 ribu pelanggan seluruh dunia  dalam April-Jun.

Terdahulu, mereka telah pun mengalami kehilangan sekitar 200,00 pelanggan suku sebelum ini dan ia merupakan kali pertama Netflix kehilangan pelanggan.

Dalam suku terkini, Netflix telah kehilangan 1.28 juta pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja dan 770,000 dari pasaran lain termasuk Eropah.

Sewaktu semakin ramai pelanggan termasuk dari Eropah, Afrika dan Timur tengah lari daripada platform ini, angka pelanggan di Asia pula naik dengan peningkatan sekitar 1.1 juta.

Penurunan pelanggan sebanyak 970 ribu ini sebenarnya jauh lebih rendah daripada jangkaan mereka kerana Netflix mengunjurkan mereka akan kehilangan 2 juta pelanggan dalam tempoh ini.

Cumanya, angka di AS dan Kanada naik berkali ganda berbanding sekitar 600,000 sahaja suku lalu.

Untuk suku depan, mereka meramalkan dapat menambah lagi 1 juta pelanggan.

Ini menjumlahkan 220.67 juta pelanggan aktif Netflix seluruh dunia sekarang.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY