Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diskaun Tol 2 Hari Sempena Deepavali, Bayaran STR Fasa 4 Seawal 18 Oktober

Diskaun Tol 2 Hari Sempena Deepavali, Bayaran STR Fasa 4 Seawal 18 Oktober

Diterbitkan Oktober 10, 2025 · Dikemas kini Oktober 10, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 hari ini bukan sahaja mengumumkan beberapa inisiatif penting, tetapi turut memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion akan dikreditkan seawal 18 Oktober ini bersempena sambutan Deepavali.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari sempena perayaan tersebut.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menjelaskan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah menunjukkan penerimaan baik, dengan kadar penggunaan mencecah 98%.

Bagi tahun 2026, 9 juta penerima STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, manakala penerima STR di bawah e-Kasih akan mendapat RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Untuk kategori bujang, bantuan SARA yang diterima ialah RM50 sebulan atau RM600 setahun.

belanjawan 2026_1

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan RM100 SARA secara one-off kepada semua 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerajaan Umum Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI
  • TNB Dan Petronas Bersama Percepatkan Pembangunan Grid Tenaga ASEAN
  • Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan, Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY