Diskaun Sehingga RM 120 Sempena 9.9 OPPO Mega Sale

OPPO Malaysia tidak melepaskan peluang sempena 9.9 dengan mengadakan OPPO Mega Sale di mana anda boleh menjangkakan tawaran menarik di Lazada dan Shopee.

Pada hari tersebut juga anda boleh mendapatkan potongan harga istimewa, penurunan harga, dan baucar sehingga RM120 untuk setiap pembelian.



OPPO menawarkan harga yang istimewa di Lazada dan Shopee dimana OPPO A91 akan tersedia dengan harga RM 799 di Lazada dan OPPO A31 dijual pada harga RM 649 di Shopee.



Selain itu, OPPO Enco W11 yang baru dilancarkan hari ini dengan harga RM 159 di kedua-dua platform e-dagang tersebut.

Tambahan lagi, mulai hari ini hingga 9 September 2020, OPPO menawarkan penjualan flash deal dimana anda boleh dapatkan OPPO Enco W11 dengan hanya RM 99.

Bagi pengguna Shopee, OPPO akan mengadakan Shocking Sale mereka mulai hari ini hingga 9 September dimana terdapat potongan harga lebih daripada 10% untuk siri OPPO Reno2, OPPO Reno2f dan OPPO Reno3.

Anda juga akan menerima baucar diskaun eksklusif bernilai RM 10 hingga RM 120 dengan perbelanjaan minimum.

Buat pengguna Lazada pula, anda dapat menikmati diskaun lebih daripada 20% untuk OPPO Reno2 ditambah lagi tawaran pada siri Reno3 mereka dan OPPO Reno 10x Zoom 12GB serta baucar sehingga RM 120.