Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diskaun RM500 Bagi Pelajar Untuk Pembelian MacBook Air Di Machines

Diskaun RM500 Bagi Pelajar Untuk Pembelian MacBook Air Di Machines

Diterbitkan Ogos 14, 2017 · Dikemas kini Ogos 15, 2017 oleh Helmi Samsuri

Satu lagi promosi menarik telah ditawarkan oleh pengedar barangan Apple di Malaysia, Machines, dimana diskaun sebanyak RM500 akan diberikan kepada anda yang berstatus pelajar ataupun tenaga pengajar dimana-mana institusi pendidikan dalam negara.

smartphone-aperture-4 (1)

Promosi ini sudahpun bermula pada 13/8/17 dan dijadualkan tamat pada 30/9/17 dan ia ditawarkan pada model MacBook Air (2017) yang terpilih sahaja iaitu…

  • MQD32ZP/A MBA 13″/1.8/i5/8GB/128GB
  • MQD42ZP/A MBA 13″/1.8/i5/8GB/256GB.

Sesuai dengan nama promosi tersebut, tawaran ini hanya boleh dinikmati bagi anda yang memiliki kad pelajar/staff yang sah bagi institusi pendidikan dalam negara.

Saya tidak mempunyai kad pelajar tapi bakal mendaftar sebagai pelajar tidak lama lagi, adakah saya layak menikmati diskaun pelajar ini?

Ya, anda layak kerana rangkaian kedai Machines turut menerima “Surat Tawaran” dari kolej ataupun universiti sebagai ganti kad pelajar.

Berikut merupakan harga jualan sebelum dan selepas bagi promosi ini:

  • Variasi 128GB – RM 4199 >> RM3699
  • Variasi 256GB – RM4999 >> RM4499

Layari laman web Machines untuk keterangan lebih lanjut.

Sumber: Machines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
©2026 WISER.MY