Pemilik akaun @Jioriku di Twitter telah memuat naik ciapan mengenai cip pemproses terbaru, warna iPhone 14 dan mode Always on Display pada siri iPhone 14 akan datang. Cip A16 Bionic dijangka akan berasaskan pemproses 5nm yang digunakan pada A15 Bionic tahun lalu.
Untuk varian warna, iPhone 14 dijangka hadir dengan warna hijau, ungu, biru, hitam, putih dan merah. Warna merah jambu akan digantikan dengan warna ungu.
Bagi model iPhone 14 Pro, ia dikatakan mempunyai pilihan warna hijau, ungu, perak, emas dan graphite. Ini bermakna, warna ungu akan menggantikan Sierra Blue sebelum ini.
Jioriku bukanlah orang pertama yang mengatakan Apple akan melancarkan warna ungu pada iPhone 14. Pereka Ian Zelbo juga telah memberi gambaran warna ungu pada iPhone 14 Pro, seperti yang boleh dilihat di bawah ini.
Mengenai ciri Always on Display (AOD) pada model iPhone 14 Pro, Jioriku menyokong khabar sebelum ini di mana AOD akan mengikut widget paparan kekunci dan mempunyai mod yang sama dengan Apple Watch apabila Nightstand Mode diaktifkan.
https://twitter.com/Jioriku/status/1554730202026188802
Untuk pengecasan pula, Apple dijangka akan menawarkan sokongan pengecasan 30W. Penawaran storan pula masih sama seperti iPhone 13.
Sebagai rekod, pada tahun lalu Jioriku pernah meramalkan dengan betul bahawa iPhone 13 akan hadir dengan ciri buka kunci hanya dengan mata pengguna semasa memakai pelitup muka.
Sumber: Jioriku
Berkaitan
- Dua Prototaip iPhone Boleh Lipat Dilapor Telah Melepasi Ujian Ketahanan
- Gen Z Dilapor Lebih Memilih iPhone Berbanding Android
- Apple Turut Melepaskan Kemaskini iOS 12.5 Dengan Sokongan Notis Pendedahan COVID-19
- Perkhidmatan Berbayar Apple Kini Melepasi 1 Bilion Langganan
- Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dilancarkan, Muat Turun Melalui Laman Web Ini
- Apple Melancarkan Laman "iPhone 12 Studio" - Gabung dan Padankan Aksesori MagSafe
- Apple Sekali Lagi Menolak Penerbitan Aplikasi Facebook Gaming Dari App Store
- MITI, Proton, Perodua Bincang Percepat Pengeluaran EV Nasional Mampu Milik - Tengku Zafrul
- Pentadbir NASA Dakwa China Sembunyikan Projek Ketenteraan Di Angkasa Lepas
- Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk iPhone Dengan iOS 9