Ujian sistem lipatan engsel rekaan Apple untuk dua iPhone yang berbeza dilaporkan telah selesai dilakukan di kilang Foxconn di Shenzhen, China baru-baru ini.
Bagi prototaip pertama, iPhone boleh lipat itu dikatakan adalah model dengan dua skrin, yang mungkin merupakan prototaip dwi-paparan yang dilaporkan oleh Jon Prosser pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Prosser menjelaskan model ini akan menggunakan dua paparan berasingan yang dihubungkan dengan engsel.

Walaupun dua panel tersebut mempunyai paparan berasingan, ia kelihatan rata tanpa kesan lipatan apabila dibuka.
Bagi prototaip kedua, ianya adalah dengan paparan boleh dilipat tutup seperti Samsung Galaxy Z Flip. Model paparan boleh dilipat tutup ini didakwa menggunakan panel skrin OLED dari Samsung. Laporan sebelumnya turut menyatakan Apple telah membuat tempahan yang besar bagi sampel paparan telefon boleh lipat Samsung untuk tujuan ujian.
Bagaimanapun, tidak diketahui jika kedua-dua peranti ini telah diuji dengan menggunakan sistem engsel yang berbeza atau sebaliknya. Ujian ini hanya menumpukan kepada penilaian ketahanan sistem engsel rekaan Apple dan bukannya untuk peranti yang telah berfungsi sepenuhnya.
Selain itu, laporan menyatakan Apple dijangka akan menilai kedua-dua prototaip tersebut sebelum memilih hanya salah satu prototaip untuk pembangunan seterusnya.
Dalam pada itu, UDN menjangkakan iPhone boleh lipat ini mungkin hadir seawal hujung tahun 2022 atau 2023.
Sumber: Macrumors
Berkaitan
- OPPO Smart TV R1 65" Akan Diperkenal Pada 19 Oktober Ini
- 'Dynamic Island' Dijangka Hadir Untuk Semua Model iPhone 15
- Carl Pei Bakal Umum Jenama Baharu Pada 27 Januari 2021
- Gelombang Haba Di China, Pengeluaran iPad Mungkin Terjejas
- Black Shark 4 Dilancarkan - Cip Snapdragon 888, 144Hz AMOLED Dan Pengecasan 120W
- Pek Umrah Celcom Beli 1 Percuma 1 Dengan Harga RM68
- realme Buds Air 2 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM199
- OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599
- Tempah PS5, Lain Yang Dapat
- Pengecas MagSafe Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia, Berharga RM179