Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19

Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dilancarkan, Muat Turun Melalui Laman Web Ini

Diterbitkan Februari 16, 2021 · Dikemas kini Februari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi hari ini telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Buku ini mengandungi pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi, strategi perolehan bekalan vaksin serta pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dan pemantauan bagi membendung pandemik COVID-19 di Malaysia.

Pada masa yang sama, turut dilancarkan adalah laman web www.VaksinCovid.gov.my di mana Buku Panduan Program Imunisasi ini boleh dimuat turun.

vaksin covid

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 akan melibatkan petugas barisan hadapan yang bermula Februari sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Sementara itu, fasa ketiga yang melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.

Bagi anda yang ingin memuat turun Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ianya boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: JKJAV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY