Semuanya selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan penawaran internet lebih meluas disamping harga yang berbaloi dilanggan.
Salah satu tawaran yang mula kelihatan adalah pakej kombinasi antara Internet Rumah + Mobile 4G LTE oleh Nex.life. Ia merupakan perkhidmatan terbaru kendalian Webe Digital Sdn. Bhd dibawah naungan TM Malaysia.
Internet Rumah
- Kelajuan sehingga 20Mbps.
- Tiada router disediakan tetapi syarikat memberikan senarai model dan lokasi kedai yang menjualnya.
- Internet tanpa had.
- Tiada perkhidmatan panggilan ditawarkan, hanya data sahaja.
Internet mudah alih
- Internet tanpa had pada rangkaian 4G/LTE
- Bagi rangkaian bukan 4G/LTE, kuota internet yang disediakan pada 500MB sebulan dan anda boleh beli data tambahan pada kadar
- RM15 -1GB
- RM30 - 3GB
- RM45 - 5GB
- Panggilan tempatan dan SMS:
- Panggilan suara - RM0.20
- SMS - RM 0.15
Anda tidak boleh memilih salah satu pelan kerana hadir ia sebagai pelan gabungan. Pelanggan tertakluk kepada kontrak 12 bulan dan harga langganan pengenalan ketika ini adalah RM100 (harga normal RM110).
Pemasangan dibuat oleh kakitangan yang dilantik TM sementara kad sim untuk penggunaan mudah alih akan dihantar ke alamat yang didaftarkan.
Bayaran pendahuluan sebanyak RM300 akan dikenakan semasa pendaftaran secara dalam talian dibuat dan ia akan dikembalikan setelah pemasangan dan perkhidmatan diaktifkan. Bil bulanan dihantar ke alamat e-mel yang anda sertakan ketika pendaftaran dan anda boleh pantau penggunaan bulanan.
Berminat dengan penawaran ini? Boleh dapatkan maklumat lengkap serta lakukan pendaftaran di Nex.life.
Buat masa sekarang, perkhidmatan ditawarkan di:
- Kelantan:- Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa and Salor.
- Terengganu: Kuala Terengganu, Chendering, Bukit Payung and Gong Badak.
Berkaitan
- DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM6599 dan RM5699
- HONOR Malaysia Tunda Pelancaran HONOR 9X Pro Dan Dua Peranti Lain
- TM Ulangi Komitmen Tangani Isu Streamyx
- Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
- OPPO A17K, Telefon Bawah RM500 Terbaru Di Malaysia
- Black Shark Lucifer T1, TWS Baru Di Malaysia Dengan Harga RM169
- OPPO R9s Akan Dilancar Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
- ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699
- Cyberjaya Bakal Laksana e-Dompet TaPay, Mahu Jadi Bandar Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia
- Giliran Huawei Nova 4 Pula Masuk Malaysia - Mula Dijual Pada 14 Februari Depan