Tambahan pula, mod The Journey yang mempunyai jalan cerita tersendiri akan menemui penghujungnya pada edisi kali ini. Selain itu, EA juga berjaya memperolehi hak perlesenan bagi Kejohanan Kelab Eropah setelah sekian lama dipegang oleh pesaing rapatnya, Pro Evolution Soccer(PES) keluaran Konami.
Dua perkara ini menjadi peminatnya semakin tidak sabar untuk memiliki dan mula bermain FIFA 19 di konsol permainan milik mereka terutamanya PS4, Xbox One serta PC. Permainan ini hanya akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September kelak.
Namun, bagi anda yang tidak sabar untuk mencuba permainan ini, anda boleh mula memuat-turun versi demo FIFA 19 bermula hari ini. Pengguna PS4 boleh muat-turun di PlayStation Store, Microsoft Store pula bagi pengguna Xbox One manakala pengguna PC boleh mendapatkannya di laman Origin.
Sejumlah sepuluh pasukan akan dapat dimainkan pada edisi demo ini iaitu :
- AS Roma
- Atletico Madrid
- Bayern Munich
- Borussia Dortmund
- Juventus
- Manchester City
- Manchester United
- PSG
- Real Madrid
- Tottenham Hotspur
Bagi pemain di Malaysia, anda dijangka boleh memuar-turun demo ini bermula dari pukul 10 malam ini.
Sumber
Berkaitan
- Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit - WHO
- SKMM Raikan Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998
- Snapchat Tampil Dengan Spectacles Yang mampu Merakam Video 10 Saat
- Video Teaser Dari LG Membayangkan Peranti Kalis Air dan Debu untuk LG G6
- HONOR Mahu Lancar Peranti 5G Mereka Pada Separuh Kedua 2019
- Wiser ke MWC 2019, Peranti Boleh Lipat, Sub-Jenama, & Penyeluk Saku
- Bakal Juara Taiwan Excellence eSports Cup 2019 Akan Bawa Pulang RM10 Ribu
- Anda Boleh Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Langsung Dari WhatsApp
- (Video)Samsung Galaxy S10 Mungkin Hadir Dengan Pelindung Skrin Berlubang
- Vine 2.0 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai "Byte" Pada Tahun 2019