Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DBKL jomparking

DBKL Tambah Aplikasi JomParking Sebagai Pilihan Pembayaran Parkir Kereta

Diterbitkan Oktober 7, 2020 oleh Amalina Athman

Pada hujung September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penggunaan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula 1 Oktober 2020.

DBKL menyatakan pembayaran boleh dilakukan melalui salah satu aplikasi mudah alih dan eWallet. Antaranya termasuk EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan M-Cash. Dengan hanya menyokong 4 aplikasi ini, ia membuatkan pengguna sedia ada seperti Touch n Go eWallet dan JomParking terpaksa beralih ke aplikasi lain.

Terbaru, DBKL mengumumkan penambahan aplikasi JomParking sebagai pilihan pembayaran parkir. Ia berikutan bagi memudahkan pengguna sedia ada yang mempunyai aplikasi itu untuk membuat transaksi.

Kaedah pembayaran melalui aplikasi ini boleh digunakan mulai hari ini, iaitu 7 Oktober 2020.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan permohonan baharu pas bulanan untuk parkir pada ketika ini masih lagi belum beroperasi.

Sumber: DBKL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY