Bermula Hari Ini DBKL Hanya Guna Aplikasi Untuk Bayaran Tempat Letak Kereta

Bermula hari ini iaitu 1 Oktober 2020, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di WPKL. Kaedah baharu ini adalah bagi menggantikan pembayaran menggunakan mesin yang berakhir pada 30 September.

Kaedah pembayaran ini boleh digunakan melalui salah satu aplikasi mudah alih dan eWallet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash.

aplikasi bayaran letak kereta dbkl

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut merancang untuk melaksanakan integrasi dengan Boost dan Touch n Go eWallet bagi memberi pilihan pembayaran yang lebih luas kepada pengguna.

Buat masa ini, pas harian dan pas bulanan masih belum beroperasi dan hanya akan diaktifkan setelah naiktaraf sistem dilaksanakan. Permohonan untuk petak khas pula masih beroperasi seperti biasa.

Sumber: DBKL