Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rupa Bentuk Belakang Peranti OnePlus 6 Didedahkan Oleh OnePlus Sendiri – Dan Ia Amat Memukau

Dash Charge – OnePlus Terpaksa Menjenamakan Semula Fungsi Pengecasan Pantas Mereka Selepas Ini

Diterbitkan Mei 21, 2018 oleh Haikel Areff

Baru-baru ini, semasa majlis pelancaran peranti OnePlus 6 yang telah disiarkan secara lansung melalui laman Youtube oleh OnePlus, pihak mereka tidak menyebut berkenaan fungsi pengecasan pantas mereka ‘Dash Charge’. Pengasas bersama OnePlus,Carl Pei yang menjadi penyampai pada majlis itu cuma menyebut bahawa peranti itu menyokong fungsi pengecasan pantas sahaja.

Akhirnya Spesifikasi Peranti OnePlus 6 Didedahkan

Fungsi Dash Charge oleh OnePlus boleh dikatakan sebagai pengecasan pantas terbaik di dunia apabila ia dilaporkan mampu mengecas sehingga dua pertiga kuasa bateri dalam masa hanya 30 minit. Sehingga kini, pihak OnePlus mendakwa masih belum ada pengecasan pantas yang boleh menandingi kebolehan tersebut.

Jawapan kepada persoalan mengapa nama Dash Charge tidak disebut semasa pelancaran OnePlus 6 tempoh hari ialah permohonan mereka untuk mendaftarkan tanda dagang ‘Dash Charge’ di pasaran Eropah dikatakan telah gagal. Menurut laporan, terdapat dua syarikat telah mencabar permohonan OnePlus tersebut.

Salah satu syarikat berkenaan adalah Amazon. Pihak Amazon sebelum ini telah mendaftar tanda dagang yang hampir sama dengan ‘Dash Charge’ iaitu ‘Dash Replenishment’. Lantaran itu, pihak OnePlus telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula fungsi pengecasan pantas mereka tersebut.

Screen Shot 2018-05-21 at 2.20.52 PM

Nama baru yang dilaporkan bagi fungsi Dash Charge ini ialah Fast Charge. Ini kerana jika diperhatikan, nama bagi semua kabel Dash Charge pada laman sesawang OnePlus telah diubah kepada Fast Charge. Walaupun OnePlus masih boleh menggunakan nama Dash Charge pada pasaran selain daripada pasaran Eropah, mereka memilih untuk menseragamkan nama fungsi tersebut bagi peringkat global.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY