Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS BAPE

Dapatkan Perlindungan Tambahan Untuk Laptop ASUS Anda Serendah RM99

Diterbitkan Oktober 20, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh Amal Addin

ASUS Malaysia mengumumkan “Jaminan 4A” untuk meningkatkan kualiti produk mereka agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Pelan perlindungan tambahan ini meliputi Zenbook, Vivobook, ProArt Studiobooks serta termasuklah komputer riba permainan seperti ROG dan TUF.

ASUS BAPE

Ciri-ciri “Jaminan 4A” itu adalah:

Assured Quality- Komputer riba Asus dibina tahan lasak serta telah menjalani ujian spesifikasi yang dijalankan tentera AS.

Always-on Support- Servis perkhidmatan pelanggan sentiasa beroperasi untuk membantu para pelanggan yang dilanda masalah melibatkan produk Asus.

All-around Coverage- Asus menyediakan lebih 300 tempat drop-off satu rangkaian global yang luas di 80 negara di seluruh dunia untuk servis membaik pulih.

Added-value Experience- Pengguna juga akan mendapat waranti standard antarabangsa selama 2 tahun dan perlindungan khas daripada APC (Asus Premium Care).

Semua komputer riba ASUS didatangkan dengan Waranti Antarabangsa 2 tahun standard dan Waranti Sempurna 1 tahun (tempatan perlindungan kerosakan akibat kemalangan) semasa tahun pertama tempoh jaminan.

Screenshot 2023-10-20 at 11.22.24 AM

Waranti Sempurna meliputi kerosakan akibat pelanggan yang tidak dilindungi oleh waranti pengilang seperti terjatuh secara tidak sengaja, pecah secara tidak sengaja, tumpahan cecair, dan lonjakan elektrik.

Tetapi, ASUS ada menawarkan pakej jaminan tambahan untuk para pelanggannya.

APAC Service Communication

Pakej ASUS Premium Care (APC)

ASUS Premium Care (APC) ialah pelan lanjutan jaminan yang memanjangkan tempoh waranti anda, memperluaskan perlindungan waranti serta menambah perlindungan tambahan pada komputer riba anda dengan pembaikan atau penggantian tanpa sebarang masalah.

APC kini didatangkan dengan 3 pakej: Perfect Warranty Plus yang dinaik taraf yang meliputi 100% bahagian perkakasan sepenuhnya dan kos buruh,  melanjutkan Waranti Antarabangsa sehingga tiga tahun dan Perkhidmatan Local On-site di mana juruteknik profesional ASUS boleh datang ke depan pintu anda.

Berikut adalah senarai harga pakej APC di Malaysia:-

Screenshot 2023-10-20 at 11.28.35 AM

Untuk butiran lanjut tentang Jaminan ASUS 4A, sila layari https://my.asus.click/4aguarantee

Berkaitan

  • Ini Harga Rasmi Komputer Riba Gaming Asus Dengan RTX 3060 Di Malaysia
  • Ini Barisan Laptop ASUS Yang Guna OLED Sepenuhnya
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • OnePlus Umum Telefon Lipat Pertama, OnePlus Open
  • iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro
  • MYTV Gantung Siaran Awesome TV Berkuat Kuasa 2 November

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY