Dapatkan Hasil Kamera Terbaik Dari Kuad Kamera OPPO A9 2020

Tugas rakaman gambar ketika bercuti atau kemana-mana saja kita pergi tidak lagi digalas oleh kamera digital. Jawapannya ringkas iaitu kerana adanya telefon pintar. Rata-rata daripada kita sedia maklum, kehadiran peranti pintar masa kini bersama dengan kelengkapan kamera yang baik sudah mencukupi untuk merakam pengalaman menarik yang dialami.

Tiada lagi keperluan untuk mengusung kamera yang bersaiz besar, cukup sekadar telefon pintar yang mana perkongsian secara pantas dapat dibuat untuk memenuhi keperluan media sosial pengguna.

Bercakap mengenai telefon pintar dengan kebolehan fotografi yang baik, OPPO Malaysia sedia menawarkan OPPO A9 2020, sebuah model yang mampu membuatkan pengguna ibarat seperti jurugambar profesional.



Walaupunbegitu, jika ada kelengkapan secanggih mana pun, tetapi tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya, hasil gambar yang tercipta pasti tidak menepati citarasa pengguna. Oleh itu kami kongsikan kelebihan yang terdapat pada OPPO A9 2020 "peneman fotografi" pengguna.



Kuad Kamera 48MP A9 2020 termasuk lensa Ultra -Lebar 8MP, lensa Mono 2MP dan lensa Potret 2MP.

Tren melengkapkan telefon pintar sehingga empat lensa bukanlah perkara asing dalam pasaran mudah alih sekarang. Mengetuai fungsi rakaman belakang OPPO A9 2020 adalah lensa utama 48MP yang mana memberikan foto dengan ketajaman serta warna sebenar.

Namun begitu, kadangkala kualiti yang dimahukan tidak tercapai disebabkan kamera tidak fokus kepada objek. Untuk memastikan imej lebih jelas dengan resolusi tinggi yang ditawarkan, tekan saja bahagian skrin yang memaparkan objek dan kamera akan tertumpu padanya bagi hasil sebuah imej lebih jelas dan terperinci.

Lensa sudut lebar 8MP dengan rakaman sehingga 119 darjah

Selain menyajikan rakaman beresolusi tinggi, OPPO A9 2020 juga berkebolehan untuk mengambil gambar pada sudut yang lebih luas. Ciri ini sangat berguna terutama sekali apabila pengguna pergi bercuti dan mahu merakam pemandangan menarik yang luas terbentang ataupun juga rakaman berkumpulan.



Rakaman sudut lebar ini diaktifkan menerusi butang yang terletak diantara butang ciri HDR dan Dazzlle Color. Dengan lensa 8MP, gambar diberi lebih ekspresi dari segi komposisi.



Dengan ciri ini,  setiap objek yang pengguna mahu selebar 119' darjah dapat dimuatkan dalam sebuah imej tanpa perlu bersusah payah mengubah posisi.

Rakaman suasana kurang cahaya lebih terang dengan Mod Malam Ultra 2.0

Saat indah, lokasi dan perkara menarik tidak menunggu kita. Kadang-kadang ia berlaku ketika waktu yang kurang pencahayaan. Melalui bantuan ciri mod Malam Ultra, tambahbaik yang signifikan boleh dilihat pada imej seperti pengurangan hingar.



Tekan butang diatas pada mod Potret untuk dapatkan pilihan filter seperti “06 Extreme Back & White” dan the “07 Black & White Monochrome”



Tidak terhenti disitu, ciri mod Malam Ultra 2.0 ini juga boleh digunakan pada rakaman sudut lebar, memberikan kreativiti tanpa batasan kepada anda tak kira waktu cerah mahupun gelap.

 

Apa lagi yang boleh dilakukan dengan kamera OPPO A9 2020?

Menyempurnakan lagi sistem kuad kamera OPPO A9 2020 ini adalah penggunaan lensa mono 2MP dan lensa potret 2MP yang disertakan dengan filter, memberikan kepelbagaian pada rakaman potret seperti kesan retro dan kasar.

Halakan saja kamera dengan mod potret pada objek atau individu yang mahu diambil, sentuh paparan untuk lebih fokus dan terus rakam. Bagi kesan lebih menarik seperti yang dinyatakan, tekan pada ikon gulungan filem pada penjuru kiri atas dan pilih filter yang bersesuain dengan kemahuan pengguna seperti filter  “06 Extreme Back & White” dan  the “07 Black & White Monochrome”. Kedua-dua lensa membolehkan pengguna untuk menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil.

Video 4K lebih stabil

Tidak lengkap rasanya prestasi rakaman foto tanpa kebolehan video yang berkualiti. Melalui siri A kali ini, ia disertakan sokongan penstabilan imej elektronik (EIS) dan binaan giroskop dengan tujuan menyimpan lebih banyak video serta lebih fokus, sekaligus menghasilkan rakaman lebih jelas dan stabil.

https://www.youtube.com/watch?v=NLxIQhLgedM

Bukan sekadar kamera baik, OPPO A9 2020 menghamparkan prestasi berkuasa

Tidak hanya berat kepada penawaran kamera, OPPO juga menyediakan OPPO A9 2020 dengan kemampuan seperti RAM 8GB serta ruang memori 128GB. Dengan adanya kapasiti storan sebesar ini, pengguna tidak lagi punya masalah ruang simpanan tidak mencukupi selepas berhempas pulas merakam foto-foto cantik beresolusi tinggi.

Tak cukup juga? Jangan khuatir, slot kad MikroSD sedia membantu dengan sokongan sehingga 256GB.



OPPO memilih cip pertengahan keluaran Qualcomm, Snapdragon 665 untuk melakukan proses dalaman peranti dengan antaramuka ColorOS 6 melapisi sistem Android 9 Pie.

Pengalaman permainan mudah alih juga diberi perhatian dan dengan adanya ciri Game Boost 2.0, isu latensi dan respons pada skrin paparan dapat diatasi melalui teknologi penyelesaian Frame Boost serta Touch Boost.

Himpunan spesifikasi dan ciri diatas diperelokkan lagi dengan kehadiran janaan bateri berkapasiti 5000mAh. Kemampuannya menguasakan peranti harus mendapat pujian dan cukup sesuai bagi pengguna yang selalu melakukan tugasan luar.

Seperkara lagi menarik tentang OPPO A9 2020 adalah sistem audio Dual Stereo Speaker sokongan Dolby Atmos. Bunyi yang disampaikan cukup lantang serta lebih jelas. Ini memberikan pengalam lebih mendalam ketika menonton atau mendengar kandungan media dari OPPO A9 2020.



Sesuaikah OPPO A9 2020 untuk dibeli?

Sebelum kita simpulkan, harga jualan rasmi OPPO A9 2020 ditetapkan pada RM1199. Jika ditanyakan soalan sama ada peranti ini sesuai untuk kita? Lihatlah dulu adakah anda seorang yang gemar mengambil gambar? Mahukan bateri besar? Dahagakan audio yang enak ditelinga? dan paling penting sekali sedang mencari peranti dalam lingkungan harga RM1200 kebawah, OPPO A9 2020 mungkin boleh dibawa masuk ke dalam senarai pertimbangan anda.



Ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu Marine Green dan Space Purple, anda yang berminat boleh dapatkannya dari semua kedai konsep OPPO dan pengedar rasmi OPPO seluruh negara. Atau boleh beli secara dalam talian melalui laman rasmi OPPO Malaysia, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

Mungkin ada diantara anda yang sudah menyambar OPPO A9 2020 terlebih dahulu, boleh kongsikan prestasi pada yang lain diruangan komen.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.