Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dapatkan Hadiah Eksklusif, Diskaun Peranti Sempena OPPO Member’s Month

Posted on Oktober 21, 2020

OPPO hari ini menawarkan hadiah eksklusif, mata ahli berganda, cabutan bertuah dan diskaun untuk peranti terpilih sempena OPPO Member’s Month.

Tawaran ini bermula hari ini, 21 Oktober hingga 8 November 2020 dan anda juga boleh dapatkan OPPO Find X2 pada harga RM 3,699.

Anda juga berpeluang dapat ganjaran mata ahli berganda dengan setiap pembelian peranti OPPO yang terpilih.

Antara peranti tersebut adalah Find X2 Pro, Find X2, Reno4 Pro, Reno4, Reno3 Pro, Reno3 dan A53.

Semua mata ahli boleh diperoleh melalui aplikasi MY OPPO di bahagian Bind Phone Rewards.

Bagi setiap pembelian siri Reno4 dan siri Reno3, anda akan dapat thermos dengan paparan LED ekslusif.

Manakala fon telinga bernilai RM 39 akan diberikan bagi pembelian peranti OPPO A53.

Tambahan, MY OPPO App Lucky Draw tawar hadiah termasuk OPPO Watch, OPPO Enco W11, baucar 5% OPPO dan banyak lagi.

Ini adalah cara bagaimana untuk anda menyertainya:

  1. Daftar di MY OPPO App
  2. Pada bahagian Activities, pilih Lucky Draw
  3. Belanja 50 mata ganjaran untuk sertai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress