Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Predator Gaming Chair Promotion widescreen

Dapatkan Diskaun Sehingga RM300 Melalui Promosi Acer Predator

Diterbitkan November 3, 2020 oleh Amsyar Latif

Promosi akhir tahun kini semakin rancak apabila Acer Predator Malaysia menawarkan diskaun sehingga RM300 untuk produk permainan mereka.

Antara promosi yang ditawarkan adalah termasuk Acer Nitro 5, Predator Triton 300, Acer Nitro 50, Predator Orion 300, persisian serta Predator Mask bermula 14 November hingga 5 Disember.

Predator Gaming Chair Promotion

Tambahan lagi, Acer juga mengumumkan kerusi permainan terbaharu mereka – Predator dengan rekaan ergonomik pada harga RM1,299 tetapi anda boleh milikinya dengan harga RM899 melalui promosi ini.

Acer turut menawarkan diskaun baucar bernilai RM50 menerusi kedai yang disahkan Acer di Lazada iaitu Acer NBP dan AOnePlus.

Selain itu, kerusi permainan boleh urut Predator X OSIM kini sudah tiba buat pasaran Malaysia. Warna yang ditawarkan adalah biru dan hitam.

predator x osim-min

Ia dijual dengan harga RM4,899 tetapi OSIM Malaysia menawarkan baucar RM100 dalam promosi istimewa bermula hari ini hingga 30 November.

Pada masa yang sama, promosi ini berlangsung seiring dengan pertandingan E-sukan dalam talian, After 5 Gaming League.

A5GL Prize Pool_Valorant
A5GL Prize Pool_DOTA2

Ia adalah kejohanan terbuka untuk eksekutif dan profesional dari korporat dan PKS dengan jumlah hadiah keseluruhan RM76,000.

A5GL Prize Pool_PUBGM
A5GL Prize Pool_MLBB

Pendaftaran telah pun dibuka dan permainan yang dipertandingkan adalah Valorant, Mobile Legends, Dota 2 dan PUBG Mobile mulai 14 November hingga 5 Disember.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY