Siri Redmi K50 mula dijual buat pertama kalinya hari ini di pasaran China. Untuk 5 minit pertama sahaja, sebanyak 330,000 unit siri tersebut telah dijual. Perkara ini telah diumumkan oleh Redmi sendiri di laman Weibo mereka.
Jika berdasarkan daripada harga nilai minimum Redmi K50 iaitu CNY2,399 (RM~1,584), Redmi telah berjaya menerima sebanyak CNY790 juta (~RM523 juta) dalam tempoh 5 minit tersebut.
Siapa sahaja yang tidak menginginkan peranti ini, sebagai sebuah peranti pertama yang menggunakan cipset Dimensity 8100 dan Dimensity 9000 yang dikatakan dapat menandingi Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200.
Redmi K50 turut hadir dengan paparan 2K AMOLED Samsung bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera yang digunakan pula 48MP lensa utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Bateri yang dimuatkan pula sebesar 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.
Untuk Redmi K50 Pro, juga hadir dengan skrin yang sama dengan Redmi K50. Kamera utama 108MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan 2 lagi lensa tambahan. Bateri yang disumbatkan sedikit kecil iaitu 5,000mAh tetapi menyokong pengecasan pantas 120W.
Ketika pelancaran peranti ini, Redmi juga turut melancarkan beberapa peranti lain seperti Redmi K40S, Redmi AirDots 3 Pro Edisi Khas Genshin Impact, Redmi Book Pro 15 dan Redmi TV Max 100 inci.
Sumber: Weibo Redmi
Baca juga: