Minggu lepas, Xiaomi telah melancarkan sebuah peranti yang dianggap sebagai ‘flagsip killer’ iaitu Redmi K50 Pro. Peranti ini adalah yang pertama dijanakan oleh Dimensity 9000. Saya rasa semua sudah tahu bagaimana prestasi cipset ini jika dibandingkan dengan pesaingnya, Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200.
Dengan pelancaran ini, sudah pasti ramai yang menunggu peranti ini dilancarkan secara global. Seperti model-model sebelum ini, ia akan menggunakan nama POCO untuk pasaran Global yang mungkin hadir dengan nama POCO F4.
Tidak lupa juga Xiaomi ada melancarkan satu lagi peranti bersama-sama dengan Redmi K50 Pro iaitu Redmi K40S. Peranti ini adalah penjenamaan semula daripada Redmi K40 atau POCO F3 yang membawakan rekaan baharu serta sedikit penambahbaikkan.
Terdapat laporan bahawa peranti yang akan dilancarkan sebagai POCO F4 nanti adalah peranti Redmi K40S ini. Hal ini kerana, peranti ini sudah pun mendarat di senarai GeekBench dan daripada maklumat peranti tersebut, ia dikuasakan dengan Snapdragon 870 dan bukannya Dimensity 9000 atau Dimensity 8100.
Agak mengecewakan jika benar POCO F4 ini adalah model yang sama dengan Redmi K40S. Sepatutnya, model ini boleh dilancarkan sahaja sebagai POCO F3S dan biarkan Redmi K50 yang akan membawa nama POCO F4.
Apa-apa pun, kita lihat sahaja apa langkah yang diambil oleh Xiaomi untuk peranti barisan POCO ini.
Sumber: GeekBench
Baca juga: