Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi tv max 100

Redmi Rasmikan TV ‘Gedabak’ 100″ – Redmi TV Max, Guna Skrin LCD

Diterbitkan Mac 18, 2022 · Dikemas kini Mac 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Redmi, sebuah cabang daripada Xiaomi semalam turut melancarkan model TV ketiga mereka yang diberi nama Redmi TV Max dengan skrin sebesar 100 inci.

Ia menggunakan panel IPS LCD yang mampu memberi kecerahan sehingga 700 nit dan meliputi 94% gamut warna DCI-P3. Bagi sambungan, ia dikatakan mempunyai 3 port HDMI namun hanya satu HDMI 2.1 selain dua port USB 2.0-Type A dan Wi-Fi 6. TV ini mempunyai RAM sehingga 4GB dan storan 64GB.

Redmi Smart TV MAX 100-inch

Terdahulu, TV pertama mereka mempunyai saiz skrin 98 inci dan model kedua pula berukuran 86 inci yang dilancar tahun lalu.

Redmi TX Max 100 terbaru ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan 95%, beresolusi 4K dan ditambah lagi kadar segar 120Hz MEMC. Ia juga menyokong paparan HDR10+, HDR dan HLG selain disertakan ciri IMAX Enhanced dan DTS.

Ia menjalankan antara muka MIUI for TV dan hadir dengan 2 pembesar suara dengan kuasa 15W setiap satunya.

Di China, TV ‘gedabak’ ini dijual pada hara 19,999 yuan bersamaan sekitar RM13,220.

Dalam acara sama semalam, produk lain seperti Redmi K50, Redmi Book Pro 2022, AirDots Edisi Genshin Impact turut diperkenalkan.

Baca juga:

  • Redmi K40S – Peranti Yang Ada Sikit Perbezaan Dari Redmi K40
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY