Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi K40S – Peranti Yang Ada Sikit Perbezaan Dari Redmi K40

Posted on Mac 18, 2022

Di samping melancarkan siri Redmi K50, Xiaomi turut melancarkan juga Redmi K40S. Model sebelumnya iaitu Redmi K40 merupakan peranti yang popular mencatat pembelian sebanyak 10 juta unit. Oleh itu, Xiaomi telah mengambil keputusan untuk melancarkan semula peranti ini.

Redmi K40S mempunyai spesifikasi yang sama dengan Redmi K40 (di Malaysia ia lebih dikenali sebagai POCO F3), namun rupa yang dibawakan adalah berbeza. Dari segi rekaan, Redmi K40 mempunyai rekaan jenis sisi melengkung dan kamera bulat. Untuk Redmi K40s ini, ia lebih membawakan rekaan sisi rata dan kamera petak.

Redmi K40

Spesifikasinya pula, ia dijana dengan cipset Snapdragon 870, skrin 6.67 inci Samsung E4 AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Dimuatkan dengan bateri sebesar 4,500mAh.

Walaupun spesifikasi sama, Xiaomi ada memberikan sedikit penambahbaikkan pada fungsi Redmi K40S. Fungsi pertama yang ditambah baik adalah sistem penyejukannya meliputi 3112mm persegi, 400% pelepasan haba yang lebih luas daripada Redmi K40.

Fungsi kedua pula ialah pengecasan pantas. Redmi K40S kali ini disertakan dengan pencasan pantas 67W berbanding dengan 33W pada Redmi K40. Dengan pengecasan pantas baharu ini, ia mampu mengecas penuh Redmi K40S dalam masa 38 minit sahaja.

Yang terakhir adalah sistem kamera. Redmi K40S masih lagi disertakan dengan lensa 48MP, tetapi kali ini ia didatangkan dengan penstabilan imej optikal (OIS). Fungsi ini akan memberikan hasil gambar dan video yang lebih stabil ketika bergerak. Kamera utama ini digabungkan dengan 8MP lensa ultra lebar dan 2MP lensa makro.

Disebabkan ada penambahbaikkan, harga yang ditawarkan juga sedikit naik berbanding model sebelum ini. Terdapat 4 varian dan ia dijual dengan harga bermula CNY1,799 (~RM1189). Untuk varian lain adalah seperti berikut:

  • 8+128GB- CNY1999 (~RM1321)
  • 8+256GB- CNY2199 (~RM1454)
  • 12+256GB- CNY2399 (~RM1586)

Buat masa ini, peranti ini hanya dijual di pasaran China sahaja. Tidak pasti sama ada ia akan dijual di pasaran global ataupun tidak. Jika ya, mungkin kita akan dapat lihat POCO F3S nanti.

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000
  • Samsung Galaxy A73, A53 Dan A33 Rasmi – Tiada Pengecas, Harga Permulaan RM1499
  • Cara Menonton Kandungan Google Drive Pada “Android TV”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress