Daftar Pelan Unifi Home 30Mbps Hanya RM89/Bulan Dan Dapatkan Langganan Percuma Sebulan

Tarikh tamat tawaran langganan percuma sebulan adalah sebelum 30 September ini.


Telekom Malaysia (TM) telah mula menawarkan pelan terbaru Unifi Home 30Mbps tanpa had kuota data pada harga RM89 sebulan. Lebih menarik, kepada pelanggan yang mendaftar pelan terbaru ini sebelum 30 september 2019, pelanggan akan menerima langganan percuma selama sebulan bagi pelan tersebut.

Sebelum ini pelanĀ Unifi Home 30Mbps telah pun ditawarkan kepada beberapa pelanggan terpilih, tetapi kini mula ditawarkan secara terbuka para pengguna.



Pelan Unifi 30Mbps pada harga RM79/bulan telah lebih dulu ditawarkan tetapi dengan had kuota data 60GB/bulan sahaja. Jadi, kenapa terus melanggan pelan tersebut jika sudah ada ditawarkan pelan tanpa had kuota data yang lebih menarik.

Tidak sepertimana pelan-pelan Unifi yang lain, pendaftaran Unifi Home 30Mbps RM89/bulan ini perlu dibuat di cawangan TMpoint atau Penjual sah TM terdekat dengan anda.

Untuk info lanjut, layari laman Unifi Fibre Broadband.