Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tm malaysia

TM Merekodkan Pelanggan Baru unifi Tertinggi Dalam Tempoh 11 Tahun

Diterbitkan Ogos 28, 2021 · Dikemas kini Ogos 28, 2021 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam laporan hasil mereka bagi separuh pertama tahun 2021 memaklumkan bahawa keuntungan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu telah meningkat kepada 8.2% iaitu kepada RM5.57 billion berbanding RM5.15 billion tahun 2020 lalu.

Menurut TM, hasil perolehan keuntungan itu adalah didorong menerusi  semua segmen pelanggannya iaitu unifi, TM ONE dan TM Wholesale.

TM juga memaklumkan, unifi telah memecahkan rekod pertumbuhan pelanggannya selepas merekodkan lebih daripada 210,000 pelanggan barunya pada suku kedua tahun ini.

TM menyatakan, jumlah itu adalah yang tertinggi bagi 1 suku tahun dalam tempoh 11 tahun.

Sehingga akhir Jun 2021,  TM merekodkan jumlah pelanggan talian jalur lebar tetap mereka meningkat kepada 2.55 juta pelanggan setakat suku ke-2 tahun ini.

Sumber: TM

Baca juga: TM Raih Anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif Di Global Business Outlook Awards 2021

Sejumlah 2706 Pelanggan Streamyx Menolak Untuk Dinaik Taraf Kepada Rangkaian Gentian Optik Sepanjang 2020 Lalu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY