Setakat 30 September 2019, jumlah pelanggan talian tetap jalur lebar Unifi adalah 2.15 juta.
TM dalam laporan operasinya bagi suku ketiga 2019 memaklumkan, jumlah pelanggan Unifi mereka setakat 30 September 2019 adalah berjumlah lebih daripada 2.15 juta pelanggan.
Walaupun dalam laporannya TM menyebut peningkatan sebanyak 55% terhadap langganan talian tetap Unifi setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 48% pada tempoh yang sama tahun lalu.
Tetapi jumlah pelanggan Unifi sebenarnya semakin berkurangan tahun ini berbanding tahun lalu.
Tahun lalu (2018), TM memaklumkan mereka mempunyai pelanggan talian tetap jalur lebar Unifi lebih daripada 2.29 juta pelanggan.
Tetapi dalam laporan operasinya tahun ini, jumlah itu menurun kepada 2.15 juta pelanggan.
Walaubagaimanapun, pihak TM tidak memperincikan jumlah pelanggan mereka yang menaik taraf dari Streamyx kepada pelan Unifi Lite serta pelanggan yang membatalkan langganan servis jalur lebar mereka.
Sungguh pun begitu, pihak TM merumuskan prestasi operasi dan keuntungan mereka masih kekal meningkat hasil pelbagai inisiatif tawaran menarik yang diperkenalkan untuk para pengguna.
Beberapa bulan lalu, TM telah melaksanakan program menaik taraf pelan terhadap pelanggan Streamyx kepada pelan Unifi Lite pada tawaran harga yang jauh lebih murah iaitu hanya RM69/bulan.
"Overall, in 3Q 2019 we saw continued improvements in our fundamentals. I'm pleased to report that our cost management initiatives under our performance improvement plan carried out since last year continues to yield results with profitability improvement." Dato' Noor Kamarul Anuar Nuruddin, CEO TM.
Berkaitan
- TM Meraih 2 Kemenangan di Alpha Southeast Asia’s 10th Annual Institutional Investor Awards
- TM Menang Anugerah Syarikat Telekom Terbaik 2023
- RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023
- TM Dinobat Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia 2020
- Para Pelanggan Streamyx Sudah Dinaik Taraf Kepada Langganan unifi Lite
- Jom Cuba 5 Pelan TM unifi Home Secara Percuma Selama 30 Hari
- 3 Perkhidmatan Prabayar TM Ini Akan Tamatkan Mulai 15 April 2024
- TM Melaksanakan Operasi Ops Kabinet
- Siri TECNO POVA 6 Bakal Bawakan Pengalaman Audio Dolby Atmos
- TM Terus Catat Keuntungan, Lebih RM14 Juta Untung Bersih Dicapai Berbanding Suku Pertama Tahun Lalu