Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
102440 (10)

Unifi Dan RTM Membawa Siaran TM Piala Malaysia Terus Ke Peranti Pintar Anda

Diterbitkan November 3, 2020 · Dikemas kini November 3, 2020 oleh ariff bukhari

Walaupun pandemik Covid-19 merencatkan penganjuran Piala Malaysia, tetapi debarannya tetap terasa. Menambahkan lagi kehangatan perebutan piala berprestij itu, Unifi dan Radio & Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan kolaborasi bersama untuk membawa saingan siaran Piala malaysia terus ke rumah anda.

Menerusi kolaborasi itu, Unifi dan RTM akan membawakan kesemua 15 siaran perlawanan bola sepak itu secara langsung ke kaca tv anda.

Malah para peminat bola sepak tanah air boleh menonton perlawanan bola sepak itu  pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada menerusi unifi TV di saluran unifi Sports 1  hingga 5, saluran rasmi YouTube unifi dan saluran RTM.

Kesemua siaran itu juga boleh ditonton terus dari platfom telefon pintar menerusi aplikasi unifi PlayTV dan RTM My Klik.

Jadi walaupun tanpa ke stadium, kehangatan dan debaran aksi Piala Malaysia masih dapat dinikmati terus dari hujung jari anda.

Saingan TM Piala Malaysia 2020 akan bermula dari 6 November ini pada jam 9.00 malam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY