Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo – Launch Unifi TV Originals

Untuk Bersaing Dengan Platform Lain, Unifi TV Pun Dah Ada Kandungan Asli

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Unifi TV hari ini melancarkan Unifi TV Originals, produksi aslinya sendiri untuk memberikan kepelbagaian dan lebih banyak kandungan bernilai untuk para penontonnya.

Barisan siri dan filem ini disesuaikan dengan cita rasa tempatan untuk memuaskan  hati penonton di Malaysia yang merangkumi kisah legenda, cerita rakyat dan isu sosial yang biasa didengari oleh rakyat Malaysia. 

Pelanggan akan dapat menikmati siri dan filem Unifi TV Original bermula dengan siri pertama  “Nak Dengar Cerita Hantu?” arahan Sabri Yunus dan ditulis oleh Sophillea.

Ini merupakan siri 8 episod lagenda dan cerita rakyat Malaysia yang diturunkan dari generasi ke generasi.

“Kami  teruja untuk melancarkan Unifi TV Originals kami di saluran DEGUP. Produksi asli ini  membolehkan kami bersaing dengan platform dan penyedia kandungan lain, menawarkan  kandungan yang lebih pelbagai kepada penonton kami. Ini juga akan mewujudkan peluang  kepada industri hiburan tempatan untuk mempamerkan karya mereka.” Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi.

Tayangan perdananya bermula pada 27 Oktober 2023 dengan episod baharu setiap Jumaat jam 9.00 malam, secara eksklusif di DEGUP (saluran Unifi TV 120).  Penonton yang terlepas slot siaran jam 9.00 malam, masih berpeluang menonton episod tersebut melalui ciri Catch Up Unifi TV.

Siri ini juga boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV. 

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android

Sumber: Siaran media TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY