Ronaldo kelihatan sangat kecewa selepas pasukannya tumpas 2-1 kepada Uruguay pada pusingan 16 terakhir minggu lepas. Namun, kekecewaan itu mungkin boleh dilupakan seketika apabila beliau ditawarkan kontrak bernilai $10 juta(~RM 40.4 juta) oleh Facebook untuk tampil dalam sebuah rancangan realitinya sendiri.
Kredit : SPORTbible
Rancangan realiti 13 episod itu akan diterbitkan oleh syarikat Matador Content dan Religion of Sports. Menurut laporan Variety, rancangan tersebut akan disiarkan secara eksklusif melalui Watch yang merupakan platform video eksklusif bagi Facebook.
Walaupun tiada sebarang perjanjian yang sudah dimeterai, peminat Ronaldo sudah mula berasa teruja untuk menyaksikan bintang kesayangan mereka ini muncul dalam sebuah rancangan realiti. Untuk pengetahuan, Ronaldo merupakan atlit yang mempunyai pengikut paling ramai di Facebook, iaitu seramai 120 juta orang.
Bagaimanapun, peminat Ronaldo di Malaysia mungkin tidak dapat menonton rancangan ini kerana Facebook Watch hanya tersedia bagi pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Diharapkan Facebook akan membawa platform video mereka ini ke pasaran global pada masa hadapan.
Sumber
Berkaitan
- IFA 2016: FES Watch U Di Persembahkan Secara Rasmi
- Sony Bercadang Untung Lancarkan Jam Pintar FES Watch U
- Facebook Stories Tidak Mendapat Sambutan, Jadi Facebook Pinjam Instagram Stories
- Ciri Baru Facebook Membolehkan Anda Berbual Dengan Orang Tidak Dikenali
- Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini
- Facebook Menutup Program AI Mereka Selepas Ianya Berkomunikasi Sesama Sendiri
- Facebook Akhirnya Tampilkan Aplikasi Events Untuk Android
- India Mahu Halang Akses Terhadap Facebook & WhatsApp, Jika Perlu
- Dating - Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder
- Sony Mempersembahkan Generasi ke-2 FES Watch