Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Control Ultimate Edition

Control Ultimate Edition Kini Tersedia Untuk iPhone Dan iPad, Harga RM22.90

Diterbitkan April 23, 2026 oleh Amsyar Latif

Selepas dinantikan ramai, Control Ultimate Edition, karya popular daripada Remedy Entertainment kini secara rasminya tersedia untuk peranti mudah alih Apple. Pengguna iPhone dan iPad kini boleh menikmati pengalaman permainan aksi pengembaraan yang memenangi pelbagai anugerah ini terus pada peranti mereka.

https://x.com/ControlRemedy/status/2046912522381328559?s=20

Versi Ultimate Edition ini merupakan pakej lengkap yang merangkumi permainan asas Control, berserta kedua-dua pengembangan (DLC) utama iaitu The Foundation dan AWE. Pemain akan menggalas watak sebagai Jesse Faden, pengarah baharu Federal Bureau of Control, dalam misi untuk merungkai misteri supernatural di dalam bangunan pejabat yang berubah-ubah secara dimensi, dikenali sebagai The Oldest House.

Control Ultimate Edition

Sama seperti judul permainan AAA lain yang dibawa ke platform iOS, Control Ultimate Edition memerlukan perkakasan yang berkuasa untuk mengendalikan grafik serta simulasi fizikal yang kompleks. Permainan ini hanya serasi dengan peranti yang dilengkapi cip A17 Pro atau lebih baharu bagi iPhone (seperti siri iPhone 15 Pro dan iPhone 16), serta iPad yang dijana oleh cip Apple Silicon siri M (M1 atau lebih baharu).

Ini memastikan kualiti visual, pencahayaan ray-tracing, dan kadar bingkai yang optimum dapat dikekalkan sepanjang sesi permainan.

Bagi pengguna yang ingin merasai pengalaman gameplay berkualiti konsol ini, Control Ultimate Edition kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store pada harga RM22.90.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • PC Game Pass Turun Harga, Kini Kembali Ke RM20 Sebulan
  • Toei Company Tubuh Jenama 'Toei Games', Sasar Penghasilan IP Baharu Untuk Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY