Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF Nothing_1

CMF Watch Pro 2, Buds Pro 2 Turut Diumumkan

Diterbitkan Julai 8, 2024 · Dikemas kini Julai 8, 2024 oleh Amalina Athman

Selain Phone 1, CMF by Nothing turut mengumumkan dua lagi produk iaitu CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • CMF Phone 1 Rasmi - Panel Belakang Boleh Tukar, Harga RM1099

CMF Watch Pro 2

Copy of CMFDarkGray&Orange 16-9

CMF Watch Pro 2 menampilkan binaan aloi aluminium dengan dua jenis bezel boleh tukar, iaitu melengkung dan rata. Paparannya bersaiz 1.31-inci AMOLED dengan resolusi 466 × 466, kadar segar semula 60Hz serta maksimum kecerahan 620 nit. Ia juga dilengkapi dengan pilihan 100 muka jam.

Copy of OrangeBlackBuizel 16-9

Ia menyokong lebih daripada 120 mod sukan dan pengecaman automatik 5 jenis sukan. Terdapat juga ciri pemantauan degupan jantung, ketepuan oksigen darah (SpO₂), dan tahap tekanan sepanjang masa.

Copy of DarkGreyWatch 16-9

Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan Bluetooth, mengawal muzik dan menggunakan ciri pintar seperti menerima notifikasi, mengawal kamera dari jauh dan menyemak cuaca.

Copy of GroupShotBuizel 16-9

Lain-lain termasuk penarafan IP68, hayat bateri sehingga 11 hari serta serasi dengan iOS 13 dan Android 8.0 atau lebih baharu. Empat pilihan warna tersedia iaitu Dark Grey, Ash Grey, Blue dan Orange.

CMF Buds Pro 2

Copy of OrangeBlackCase 16-9

CMF Buds Pro 2 didatangkan dengan pemacu dinamik 11mm dan tweeter 6mm. Ia menyokong codec LDAC untuk penstriman audio berkadar bit tinggi dan pembatalan hingar aktif (ANC) adaptif sehingga 50dB dan julat frekuensi sehingga 5000 Hz.

Copy of OrangeCase 16-9
Copy of WhiteEarbuds 16-9
Copy of BlackCase 16-9

Terdapat juga butang Smart Dial yang boleh disesuaikan. Melalui Smart Dial, pengguna boleh melaraskan kelantangan, menerima dan menolak panggilan serta menghidupkan atau mematikan ANC.

Copy of EspeonOrangeBuds 16-9

Tiga mikrofon ditempatkan pada setiap fon telinga, dengan menampilkan teknologi Clear Voice 2.0 dan Wind-Noise Reduction 2.0. Ia turut menawarkan Spatial Audio Effect untuk pengalaman bunyi sekeliling.

Copy of FourCases 16-9

Untuk jangka hayat bateri, Buds Pro 2 menawarkan sehingga 43 jam bersama sarung pengecas dan 11 jam untuk fon telinga sahaja. Ia serasi dengan Android 5.1 dan iOS 13 atau lebih baharu.

Empat pilihan warna tersedia iaitu Orange, Dark Grey, Light Grey dan Blue.

Harga dan Ketersediaan

Sama seperti CMF Phone 1, kedua-dua produk ini juga akan tersedia bermula 15 Julai 2024. Berikut merupakan harga bagi CMF Watch Pro 2 dan CMF Buds Pro 2.

  • CMF Watch Pro 2 – RM339
  • CMF Buds Pro 2 – RM299

Pembelian boleh dilakukan melalui Shopee dan Lazada, operator Yes 5G atau pengedar sah seperti DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts, Tac Mobile dan SS Solution.

Sumber: Siaran Media CMF by Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY