Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Afiq Nak Kurus

CMCF Sedang Bangunkan Buku Panduan Khusus Untuk Pempengaruh

Diterbitkan Februari 9, 2024 · Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda rasakan diri anda sebagai seorang pempengaruh, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) kini sedang membangunkan buku panduan khas untuk anda.

‘Buku Panduan Pempengaruh’ itu turut dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk para pempengaruh dan pemimpin pendapat utama (KOL).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CMCF Mediha Mahmood.

“Melalui penglibatan aktif pempengaruh dalam pembikinan buku panduan ini, kami berazam untuk menerbitkan satu sumber rujukan yang selari dengan keperluan mereka dan memudahkan pematuhan terhadap garis panduan beretika.”

Mengulas mengenai gesaan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil supaya pempengaruh mengamalkan kawal selia kendiri dan menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab, Mediha berkata saranan itu amat baik dan selaras dengan kepentingan untuk menerapkan amalan beretika dan berhemah dalam menghasilkan sebarang kandungan.

Berkaitan

  • Singapura Akan Sekat Pengguna Android 'Sideload' Aplikasi
  • Nama Kementerian Peralihan Tenaga Kini Dikenali Sebagai PETRA
  • iOS 17.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat Untuk Teks

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY